Bagaimana anda melangkah ke dalam tahun 80-an tanpa melihat 'semalam'? Adidas tertanya-tanya yang sama, jadi mereka pergi dalam misi 'throwback' kembali melawat tahun 80-an dan mengembalikan ZX old kicks dengan neon terang dan jalur kulit. Ini adalah apa yang berlaku. Adidas ZX700 dan ZX750 hanya mungkin campuran hak nostalgia dan baru yang anda sedang mencari dan sesuai pada anda.... :)
Untuk mengunakan masa-masa yang terluang ada nieh jadi telah timbul 1 innesiatif untuk menwujudkan blog ini.... Hanya perlu layan nak tahu lebih lanjut anda cuma perlu click di gambor dya aje....
Wednesday, 22 May 2013
These 80's Adidas ZX Shoes Are Hip Again
Bagaimana anda melangkah ke dalam tahun 80-an tanpa melihat 'semalam'? Adidas tertanya-tanya yang sama, jadi mereka pergi dalam misi 'throwback' kembali melawat tahun 80-an dan mengembalikan ZX old kicks dengan neon terang dan jalur kulit. Ini adalah apa yang berlaku. Adidas ZX700 dan ZX750 hanya mungkin campuran hak nostalgia dan baru yang anda sedang mencari dan sesuai pada anda.... :)
Monday, 20 May 2013
Kaki's Wayang it's RETURN !!!!!

Mempersembah kan !!!!!!
Buat kali 2 nya anugerah ini dijalankan...Disini kaki's wayang boleh lah mngambil bahagian dalam mmbuat undian bagi menentu kn siapa yg akan menjadi pemenang pada malam berlansung nya anugerah ini... Antara kategori-kategori yg kaki's wayang bleh mmbuat undian adalah:
(click pada gambar untuk memulakn undian)
Thursday, 16 May 2013
Panggilan dari Lisa Surihani
Wednesday, 15 May 2013
Ceritera Pemandu Teksi
Sebuah kisah benar yang dilalui oleh diriku yang agak jarang menaiki teksi untuk menuju ke mana-mana destinasi sekalipun. Pada suatu hari, aku, Imran, Hisyam dan Akmal bercadang untuk ke sebuah kedai buku untuk melihat buku-buku yang diwara-warakan dijual dengan harga yang murah di sana. Setelah bersarapan pagi di KLCC, kami semua menaiki teksi menuju ke kedai buku tersebut dengan menaiki teksi.
Ditakdirkan buat kali pertama bagi diriku menaiki teksi yang dipandu oleh warga Indonesia. Maka banyaklah persoalan yang berlegar di ruang legar kepala aku... Pemandu teksi ini ada permit ke tak? Lesen?
Aku banyak berdiam diri di dalam teksi manakala Imran, Akmal dan Hisyam pula banyak melontarkan soalan-soalan cepu emas, contohnya "Pakcik tinggal kat mana?", "Dah berkeluarga?", "Kahwin dengan orang Malaysia ke?" dan lain-lain lagi. Perasaan aku menjadi tidak tenang kerana aku merasakan soalan tersebut agak sensitif bagi warga Indonesia di Malaysia.
Tetapi pemandu tersebut menjawab dengan tenang, antara jawapannya "Saya tinggal di Ampang", "Saya tinggal dengan keluarga" dan "Isteri saya orang Indonesia." Benar atau tidak aku pun tak tahu.
Tiba-tiba pemandu tersebut bertanya kepada kami semua, "Apakah perasaan kamu semua ketika menaiki kenderaan?" Aku tergamam. Akmal menjawab, "Macam biasa jelah". Satu jawapan yang mungkin dipersetujui oleh aku, Imran dan Hisyam kerana itulah perasaan kami.
Pemandu Indonesia tersebut berkata,"Bagi saya, ketika saya menaiki kenderaan seperti ini (kereta atau kenderaan berenjin), saya merasakan saya menaiki dua kenderaan secara serentak."
Kami semua kebingungan. Pemandu tersebut menyambung, "Satu kenderaan yang sedang saya naiki dan satu lagi kenderaan bumi."
"Kenderaan bumi?" salah seorang daripada kami bertanya.
Pemandu tersebut menjawab, "Bumi kitakan sedang berputar pada paksinya dan beredar di dalam galaksi."
Aku tergamam sekali lagi.
Pemandu tersebut menyambung, "Jika kita memikirkan kejadian langit dan bumi, kitakan akan lebih dekat dengan Allah, gitu..."
Tamat.
Jadi apakah pengajaran dan suri teladan yang boleh diambil?
Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, daratan dan lautan terdapat tanda-tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Allah s.w.t. yang dapat dilihat oleh mereka yang mahu berfikir. Kita sering lupa dan alpa kerana kita buta dan leka dengan keseronokan dan kesibukan kehidupan dunia.. sedangkan dunia ini hanyalah umpama ladang tempat bercucuk tanam supaya di akhirat nanti hasilnya boleh dituai. Bukalah mata hati kita..
TAWARAN HEBAT...TAWARAN HEBAT..!!!!!
SPECIFICATIONS
More detail about this offer go to Samsung Galaxy S4 Promotion
Tuesday, 14 May 2013
Boleh kah Donut menyatukan Malaysia?
Ikuti penerangan dan penjelasan lanjut lgi mengenai pekara ini di sini
Setuju atau tidak....comment please... :)
Kepada kaki's wayang yang mana teringin untuk menyediakn donut di sini resepi nya:
Bahan-bahan ( 5 - 7 biji )
- 1 cawan (250ml) Tepung gandum
- 1 sudu teh margerin/mentega (suhu bilik)
- 1 sudu susu pekat manis ( jika tiada, boleh ganti: 1sudu susu tepung + 1 sudu gula)
- 1 sudu teh yis (tak kesah jenama apa pun)
- 1/4 cawan air suam2 kuku (jgn terlampau panas)
- secubit garam (sikit je taw)
- Gula
Cara-cara
- letakkan yis kedalam air suam, kacau dan biarkan seketika
- Gaulkan tepung, marjerin, susu pekat manis dan garam sehingga sebati
- Pastikan tiada ketulan2 besar, kemudian masukkan air suam barcampur yis tadi
- Uli atau gaul sampai sebati lebih kurang 15 minit (saya taknak tangan kotor, jadi saya gaul guna senduk je)
- Biarkan adunan selama 30 minit, adunan akan kembang 2 kali ganda
- Setelah dibiarkan, uli semula adunan selama 5 minit. Kemudian bentukan donut mengikut citasara masing2. Pastikan tangan dan dulang untuk susun donut yang sudah dibentuk bertepung sedikit
- biarkan donut tadi selama 10 minit (agak2 dia jadi kembang balik)
- Panaskan minyak (serdahana), bolehlah goreng donut tersebut. (jangan simpan lama-lama sangat, nanti terlampau lembik.
- Lepas goreng boleh terus tabur gula halus. Kalau taknak letak gula pun boleh.
Sumber: My resipi
P/S: Harap semua donut kaki's wayang menjadi la yea.....
Sunday, 12 May 2013
Attention to all Kaki's Wayang
Posisi tidur yang betul dan terbaik
Diriwayatkan daripada Barra bin Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu." (Hr Bukhari dan Muslim)
Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-
Tidur dengan meniarap
Dr Zafir al-Attar berkata:
"Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak."
Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.
Majalah Times telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)
Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngnya rahang bawah.
Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
Rujukan:
Mausuah al-Ijazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak
oleh Dr Nadiah Toyyarah,
Musnad Imam Ahmad dan kamus
P/S: Kepada Kaki's Wayang semua jangan plak tidur tengah tengok wayang...Nanti rugi la duit harga beli tiket tuh...hehehe
Saturday, 11 May 2013
Percaya kah kaki's wayang semua
Nak tahu kenapa bleh jdi mcam tuh.... Nie sebab dya jeng...jeng !!!!
Melayan laman sosial boleh gemuk
LOS ANGELES 17 April - Kajian mendapati hampir empat daripada 10 orang wanita berisiko menjadi gemuk kerana tidak mengambil sarapan pagi semata-mata mahu menghabiskan masa melayari internet terutamanya laman sosial seperti Facebook dan Twitter atau memeriksa e-mel.
Tekanan hidup dalam dunia moden ini menyebabkan hanya 63 peratus golongan wanita mengambil sarapan di rumah dengan selebihnya memilih untuk melayari internet.
Sekurang-kurangnya seorang daripada tiga orang dewasa akan memeriksa e-mel pada sebelah pagi, manakala satu perempat pula lebih gemar melayari Facebook dan Twitter.
Golongan itu tidak menyedari bahawa kajian itu juga mendapati mereka yang tidak mengambil sarapan akan terdedah untuk mengambil makanan yang banyak semasa makan tengah hari.
Keadaan itu menyebabkan mereka mudah menjadi gemuk kerana makanan yang diambil pada tengah hari mengandungi lebih banyak lemak dan manis.
Kajian itu juga mendapati hampir satu daripada lima orang tidak mengambil sarapan pagi selagi tidak menyiapkan kerja mereka.
Manakala terdapat juga yang mengambil sarapan semasa berada di dalam perjalanan ke tempat kerja.
Kajian juga mendapati, satu daripada tujuh orang terlepas mengambil sarapan kerana mereka sibuk dengan tugasan di rumah.
Malah satu daripada dua orang mengakui tahap tenaga mereka akan menjadi lemah jika terlepas sarapan manakala 45 peratus lagi memberitahu mereka merasa lebih produktif apabila mengambil sarapan pagi.
Penyelidik telah memberi amaran bahawa seseorang yang tidak mengambil makanan dalam tempoh yang panjang akan mengidam makanan berkalori tinggi yang berlebihan. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130418/lu_12/Boleh-gemuk-layan-laman-sosial#ixzz2T7M9Lv3l
© Utusan Melayu (M) Bhd
Lengkap kan cuti anda dengan ke panggung wayang terdekat.
(click the picture for more action of Fast and Furious)
Fast & Furious 6 (alternatively known as Fast Six or Furious Six) is a 2013 action film written by Chris Morgan and directed by Justin Lin. It is the sixth installment in the Fast and the Furious film series. The film stars Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson, Jordana Brewster, Tyrese Gibson,Michelle Rodriguez, Sung Kang, Chris Bridges, Luke Evans, Gina Carano, and John Ortiz. Fast & Furious 6 follows a professional criminal gang led by Dominic Toretto (Diesel) who have retired following their successful heist in Fast Five (2011), but remain wanted fugitives. U.S. Diplomatic Security Service (DSS) agent Luke Hobbs (Johnson) offers to clear the group's criminal records and allow them to return home in exchange for helping him to take down a skilled mercenary organization led by Owen Shaw (Evans) and his second in command, Dominic's presumed-dead lover Letty Ortiz (Rodriguez)
Subscribe to:
Posts (Atom)